Plot Wizards of Waverly Place

Siri ini berkenaan tiga orang adik-beradik (Alex, Justin dan Max Russo) yang hidup bersama bapa mereka yang berdarah Amerika-Itali, Jerry Russo (lakonan David DeLuise) dan ibu mereka, Theresa Russo (Maria Canals Barrera) yang berdarah Amerika-Mexico. Ketiga-tiga mereka mewarisi magis dari ayah mereka (ayahnya kini tidak lagi mempunyai sebarang kuasa magis kerana ingin berkahwin dengan Theresa) tetapi mereka perlulah berlatih kerana pada masa hadapan mereka perlu bersaing sesama mereka untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk menyimpan kuasa magis. Hanya seorang sahaja daripada mereka boleh berbuat demikian. Walau bagaimanapun, mereka ditegah untuk menggunakan magis di tempat-tempat awam tanpa pemerhatian dari ayah mereka.